JellyPages.com

Friday, June 20, 2014

PENGALAMAN HSG (HysteroSalpingoGram)

Rawatan ini perlu aku buat kerana nak tahu keadaan tiub fallipio , walaupun aku pernah mengandung tapi gugur dua kali...kalau semua normal dr Zetty nak aku buat iui selepas raya dlm bulan lapan.....Aku telah pilih tarikh  20 JUN 2014 untuk buat rawatan ini kerana ujian ini perlu dilakukan semasa period hari ke 9 atau ke 10 serta dlm tempoh tu tidak boleh bersama dengan suami...  Satu pengalaman yang menguji kesabaran aku hambaNya yang lemah nie..Aku dan hubby telah tiba di Hospital Pakar Komuniti Perak,Jln Kampar,Ipoh dibahagian X-Ray pada 10.30pagi.Temujanji aku untuk buat HSG nie pada pukul 11.00pagi.Ujian ini tidak mengambil masa yang lama hanya lebih kurang 10minit jer.Masa mula-mula masuk bilik rawatan pembantu doc suruh kosongkan pundi kencing.Masuk bilik persalinan kener pakai kain batik sahaja tanpa seluar dalam.Pembantu doc suruh aku naik keatas meja untuk buat X-ray...dia memberi tahu prosedur tentang rawatan ini...dlm masa menunggu ada ler pulak mamat rambut pacak tanya..Akak kenapa kebas tangan ker..Aku hanya tersenyum sambil berkata...bukan kebas ler dik ..akak nie risau jer..dlm hatiku berkata byk sangat baca blog ....macam-macam pengalaman orang dlm ujian HSG nie...yang lucunya  adik tu boleh cakap dengan aku..masa sy kecik dulu org ckp sunat tu sakit..tapi bila saya dah rasa macam kener cubit jer...glup..glup..terkedu sekejap aku dgn kata2 adik tu yg cuba tenangkan aku..apa2 pun thanks yer...

Banyak jugak peralatan yang diperlukan untuk rawatan ini...dlm sehari hanya ada dua orang sahaja yg boleh buat rawatan..pagi pukul 11 dan petang pukul 3...tertanya2 jugak kenapa hanya dua org sahaja..Mula-mula doc akan cuci dibahagian sulit dengan satu cecair..anti kuman...sejuk jer rasa..aku mls nak tegok peralatan disebelah kerana menjadikan aku semangkin risau..aku x tahu apa nama alatnya tp nampak mcm muncung itik akan digunakna utk membuka vagina dan diskrukan..masa nie aku tak rasa sakit lagi..mungkin sebab dah banyak kali aku kener macam nie...doc masukkan satu tiub dan masukkan cecair untuk x-ray nie..masa tu baru aku rasa macam senak sedikit..doc dan pembantu berbincang2 dan bila aku rasa sakit..tiba2 rasa macam ada cecair yang keluar dan pembantu doc suruh aku luruskan kaki..sempat dia tanya ada bawak pad tak..kemungkinan ada pendarahan dlm 2hari..lepas tu dia suruh aku turun dari meja rawatan...dlm hati aku berkata2..sekejap jer..tunggu jer yg lama..gambar film yang diberi kepada aku ada dua bersama dengan keputusan...aku tak faham sangat bahasa doc nie..tak sabar nak jumpa dr Zetty utk tahu apa yg ditulis.....Rasa senak selepas buat rawatan nie memang terasa..tapi hanya sampai petang jer..Syukur Alhamdulilaah aku tidak mengalami pendarahan..sebabnya bila pakai pad tak der apa2 pun.. ...aku tak sedar ada manik2 putih mengalir dipipiku sementara menunggu hubby ambik kereta...aku tak tahu kener aku sedih sangat...sampai dlm keter pun aku masih menangis..sampai ler hari nie aku akan menangis bila bersendirian....Aku sedih sebab sakit..atau aku terharu layanan hubby semasa aku mendapat rawatan ini....Jujurnya aku tak mempertikaikan  kenapa aku diuji ..tapi aku nak melepaskan lelah dalam hati....Air mata adalah penawar kepadaku disaat aku tak terdaya nak menahan kesedihan....Hanya golongan terpilih sahaja yg tahu tentang apa yang aku rasa nie...kawan2 yg baca nie..doakan Ina dan hubby cepat2 dpt zuriat yer..

Pesanan yang selalu menjadi ingatan kepadaku....Orang yang ditimba musibah ..Allah nak dengar rintihannya...Orang yang Allah uji ada ganjaran dikemudian nanti..Allah uji HambaNYA kerana nak beri satu ganjaran yang tak ternilai hargaNya....Alangkah indahnya kalau aku sentiasa positif..kdg2 fikiran tak selari dengan iman....

 *Kos Rawatan RM210