JellyPages.com

Sunday, December 27, 2015

Masih Lagi Menanti


            Untuk menghabiskan cuti tahunan .. Lin telah memohon cuti selama seminggu dengan harapan nak pergi bercuti berdua-dua dengan hubby ke Fraser Hill..Tapi sesuatu telah berlaku..kali nie rasa macam mimpi …16 Disember iaitu hari rabu ader ketulan besar jatuh semasa membuang air kecil …dlm hati mesti period pertama..diam jer ler tapi bila masuk hari ke3 terasa sakit sangat2..sampai tak boleh tido..keesokkan pergi hospital …dr scan dan ternampak ler ada cyst..masa dr terangkan tak mampu nak berkata-kata..hanya menangis jer..tp kata2 dr sungguh menyentuh perasaan..banyak pahala awak nie....tiba-tiba rasa sedih sangat-sangat…dr ada ckp sakit nie sebab rahim mengecut...gugur diawal kehamilan ..dalam 4minggu….masa dekat hospital masih banyak ketulan-ketulan besar yang jatuh…..kakak yg selalu Lin berurut pun ckp perkara yang sama iaitu keguguran..oh tidak andai masa dpt diudurkan semula tentu Lin tak kan angkat benda2 berat, makan masakan pedas2….bila teringat semula..masa mingggu2 sebelum tu Lin suka tido jer sebab kepenatan sangat2….masa mula-mula tahu macam tak percaya..sebab lama sangat tak mengandung..sebab asyik belajar jer..sampai lupa kehidupan rumahtangga..…

Susu Kambing diminum bersama kurma untuk setiap pagi
Walaubagaimana pun kemungkinan ini adalah usaha Lin minum susu kambing+badam atau susu kambing+kurma, makan women secret recipe, hai goat spurlina, untuk santapan rohani…Lin amalkan istighfar setiap kali solat fardhu…solat dhuha..solat tahjut (kdg)… ada juga makanan yang Lin pantang..antaranya tomyam..hampir 3bulan tak makan tomyam…sebenarnya byk lagi makanan yang perlu dielakkan untuk hamil antaranya ialah makanan segera, makanan dalam tin, masakan pedas2, kari, tomyam, sos cili…semua makanan tu akan menyebabkan kita menjadi sukar subur….tapi sebenarnya bergantung kepada individu..kalau rasa nak ikut..boleh ikut..kalau tak mahu pun x per…tp Lin cuba mana yang boleh ikut..Lin ikut..tapi kadang-kadang tekak tak boleh tahan kesedapan makanan…7 Jan perjumpaan dgn doctor pakar O&G akan menentukan proses yang seterusnya...semoga Allah memudahkan urusan Lin dan hubby pada kali nie utk mempunyai zuriat sendiri...
 
Susu kambing zunas

Gambar dekat bawah nie menunjukkan akar kayu yang Lin minum setelah berurut dengan maksu...direbus bersama-sama 3liter air sehingga menjadi 1liter air sahaja..diminum sehingga habis..minum sedikit jer dlm sehari...
 
Akar kayu sebelum direbus dgn 3liter air

 
Akar kayu setelah direbus sampai menjadi 1liter

Produk Women SecretRecepie memang berbaloi-baloi ...badan rasa segar, bertenaga, badan rasa ceria jer....syok sangat bila makan produk nie...dah lama tahu tapi selalu tangguh2 kan sebab masalah kewangan...