JellyPages.com

Monday, November 24, 2014

Period Ku Kembali Pening

Baru rasa nak bergembira bila  period sudah kembali normal boleh ler laksanakan misi seterusnya untuk membuat IUI..Tetapi kehendak Allah tidak dapat dihalang ..tiba2 period ku tidak muncul tiba hampir 2 bulan lebih lamanya..bila buat ujian kehamilan masih negatif..sedih ler pulak rasa hati dan pening kepala bila memikirkannya....rasanya sebab tukar produk lain...sebelum nie makan  kapsul minyak zaitun dan habatussauda berserta dengan intra period okay jer..datang tepat pada masanya.tapi bila tukar produk lain terus period jadi tidak teratur...sebabnya tiba2 tergoda pulak dgn produk Kekanda dan Adinda...macam2 kandungan ada dalam produk tersebut..produk nie memang bagus....kemungkinan  ina jer yang tidak sabar dalam mengambil satu2 produk....pening dah kepala akak apa nak buat nie...kalau boleh nak buat IUI dalam masa terdekat nie..Masa tengah period normal tiba2 rasa nak tunggu supaya ada keajaiban berlaku....Ya Allah permudahkanlah urusanku bersama-sama sahabatku untuk memiliki zuriat sendiri..Aminn...ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita...positif kan minda..Senyum Semua...walau hati menangis...

Thursday, September 11, 2014

SYukur Diatas RahmatNya....

Syukur Alhamdulilaah..period ku dah kembali teratur semula selama tiga bulan berturut-turut..sepatutnya bulan nie boleh buat rawatan  IUI..tapi hati masih nak cuba secara normal..Walaupun perasaan ini tahu utk mendapat secara normal sukar sedikit disebabkan keadaan yang tidak  mengizinkan..Dengan kuasa Allah ..semoga ada keajaiban kepada diriku dan suami..Bila sudah lama sangat bersabar dan menanti...segala perasaan akan terasa didalam hati yg mendalam..Kadang-kadang rasa nak menangis ..tapi dalam hati...Hatiku dah semakin rapuh rupanya...Hanya kawan2 yg mengalami sahaja yg faham tentang situasi ini..Hanya dengan mengingati ALLAH dapat memberi kekuatan kepadaku untuk meneruskan perjuangan ini....lagi tiga bulan tahun  2014 akan berakhir..semakin bertambah lg usiaku dan usia perkahwinanku...harapan utk dapat baby tahun nie dah semakin tipis...fikir positif semoga semuanya akan menjadi ceria kembali dan ada kejayaan utk aku dan kawan2 lain yg TTC hamil pada tahun ini masih belum terlewat lagi..Kuasa ALLAH mengatasi segala-galaNYA...INSYALLAH..AMINN...

Gambar inilah yg menjadi impian semua kawan-kawan yg masih TTC...Impian kita akan tercapai...INSYALLAH...ada tiga bulan lagi untuk kita berusaha..tahun hadapan dah ada panggilan yang manis-manis utk kita..ibu..mak..umi..mama atau mami...semuanyer sweet ..walau apapun  panggilan yg di idamkan...

Friday, June 20, 2014

PENGALAMAN HSG (HysteroSalpingoGram)

Rawatan ini perlu aku buat kerana nak tahu keadaan tiub fallipio , walaupun aku pernah mengandung tapi gugur dua kali...kalau semua normal dr Zetty nak aku buat iui selepas raya dlm bulan lapan.....Aku telah pilih tarikh  20 JUN 2014 untuk buat rawatan ini kerana ujian ini perlu dilakukan semasa period hari ke 9 atau ke 10 serta dlm tempoh tu tidak boleh bersama dengan suami...  Satu pengalaman yang menguji kesabaran aku hambaNya yang lemah nie..Aku dan hubby telah tiba di Hospital Pakar Komuniti Perak,Jln Kampar,Ipoh dibahagian X-Ray pada 10.30pagi.Temujanji aku untuk buat HSG nie pada pukul 11.00pagi.Ujian ini tidak mengambil masa yang lama hanya lebih kurang 10minit jer.Masa mula-mula masuk bilik rawatan pembantu doc suruh kosongkan pundi kencing.Masuk bilik persalinan kener pakai kain batik sahaja tanpa seluar dalam.Pembantu doc suruh aku naik keatas meja untuk buat X-ray...dia memberi tahu prosedur tentang rawatan ini...dlm masa menunggu ada ler pulak mamat rambut pacak tanya..Akak kenapa kebas tangan ker..Aku hanya tersenyum sambil berkata...bukan kebas ler dik ..akak nie risau jer..dlm hatiku berkata byk sangat baca blog ....macam-macam pengalaman orang dlm ujian HSG nie...yang lucunya  adik tu boleh cakap dengan aku..masa sy kecik dulu org ckp sunat tu sakit..tapi bila saya dah rasa macam kener cubit jer...glup..glup..terkedu sekejap aku dgn kata2 adik tu yg cuba tenangkan aku..apa2 pun thanks yer...

Banyak jugak peralatan yang diperlukan untuk rawatan ini...dlm sehari hanya ada dua orang sahaja yg boleh buat rawatan..pagi pukul 11 dan petang pukul 3...tertanya2 jugak kenapa hanya dua org sahaja..Mula-mula doc akan cuci dibahagian sulit dengan satu cecair..anti kuman...sejuk jer rasa..aku mls nak tegok peralatan disebelah kerana menjadikan aku semangkin risau..aku x tahu apa nama alatnya tp nampak mcm muncung itik akan digunakna utk membuka vagina dan diskrukan..masa nie aku tak rasa sakit lagi..mungkin sebab dah banyak kali aku kener macam nie...doc masukkan satu tiub dan masukkan cecair untuk x-ray nie..masa tu baru aku rasa macam senak sedikit..doc dan pembantu berbincang2 dan bila aku rasa sakit..tiba2 rasa macam ada cecair yang keluar dan pembantu doc suruh aku luruskan kaki..sempat dia tanya ada bawak pad tak..kemungkinan ada pendarahan dlm 2hari..lepas tu dia suruh aku turun dari meja rawatan...dlm hati aku berkata2..sekejap jer..tunggu jer yg lama..gambar film yang diberi kepada aku ada dua bersama dengan keputusan...aku tak faham sangat bahasa doc nie..tak sabar nak jumpa dr Zetty utk tahu apa yg ditulis.....Rasa senak selepas buat rawatan nie memang terasa..tapi hanya sampai petang jer..Syukur Alhamdulilaah aku tidak mengalami pendarahan..sebabnya bila pakai pad tak der apa2 pun.. ...aku tak sedar ada manik2 putih mengalir dipipiku sementara menunggu hubby ambik kereta...aku tak tahu kener aku sedih sangat...sampai dlm keter pun aku masih menangis..sampai ler hari nie aku akan menangis bila bersendirian....Aku sedih sebab sakit..atau aku terharu layanan hubby semasa aku mendapat rawatan ini....Jujurnya aku tak mempertikaikan  kenapa aku diuji ..tapi aku nak melepaskan lelah dalam hati....Air mata adalah penawar kepadaku disaat aku tak terdaya nak menahan kesedihan....Hanya golongan terpilih sahaja yg tahu tentang apa yang aku rasa nie...kawan2 yg baca nie..doakan Ina dan hubby cepat2 dpt zuriat yer..

Pesanan yang selalu menjadi ingatan kepadaku....Orang yang ditimba musibah ..Allah nak dengar rintihannya...Orang yang Allah uji ada ganjaran dikemudian nanti..Allah uji HambaNYA kerana nak beri satu ganjaran yang tak ternilai hargaNya....Alangkah indahnya kalau aku sentiasa positif..kdg2 fikiran tak selari dengan iman....

 *Kos Rawatan RM210

Wednesday, May 14, 2014

Happy Anniversary



Tengah malam dalam pukul 12.45 malam  dapat messg dari hubby yang outstation nun jauh diselatan...Happy 9th Anniversary.Moga jodoh dan kebahagiaan kita berpanjangan.Semoga Allah memudahkan kita memiliki zuriat kita sendiri..Aminn..Pagi-pagi bila baca semula kata-kata hubby ..rasa manik-manik jernih telah mengalir dipipi.


Sembilan tahun lepas pada tarikh nie Ayang dan Abang telah diijab kabulkan dengan sekali akad jer...Syukur Alhamdulilaah..Hati rasa sedih mungkin disebabkan tiada panggilan ibu..mama..umi..Ya Allah berilah ketabahan dalam aku menjalani kehidupan didunia ini..Semoga diriku bersama-sama suami mendapat kebahagian didunia dan akhirat...Aminn

 
 

Saturday, April 19, 2014

Berenang menghilangkan stress

Berenang adalah aktiviti yang ingin akak lakukan..dgn bantuan kawan  akak berjaya melakukannya..Tidak pernah terfikir difikiran pada suatu ketika akak akan pandai berenang....sudah habis dalam satu sesi breaststroke dan sekarang belajar   free style atau gaya bebas...ada  instructor yg mengajar  ...Setiap petang akak akan ke pool jika tidak hujan dgn bayaran masuk rm1.00..waktu swimming untuk petang dalam pukul 6.00ptg hingga 9.00mlm...Berenang dapat menghilangkan stress dan sungguh mendamaikan apabila pulang dari melakukan aktiviti ini...Untuk aktiviti ini memerlukan baju serta peralatan yang sesuai...Akak telah membeli baju berenang muslimah ogival serta gogle ogival....modal untuk kedua-duanya hampir tiga ratus ringgit termasuklah tujuh kali sesi latihan rm50.

Baju renang muslimah ini mempunyai tali disebelah kiri serta kanan yang akan diikat antara baju serta seluar supaya apabila kita berenang baju kita tidak tertarik...sut ini juga menutup aurat dibahagian kepala...selesa apabila memakai...gogle diperlukan apabila berenang supaya kita boleh membuka mata didalam air...pertama kali membuka mata dalam air sungguh teruja serta menyeronokkan...

Akak akan pergi berenang bila keadaan cuaca mengizinkan....sungguh seronok bila dapat melakukan aktiviti ini..walaupun kadang-kadang ada air yang masuk ke dalam hidung atau telinga...nie adalah pengalaman yang terindah....uolls semua boleh mencuba...sungguh menyeronokkan...



Fakta dari blog belajar teknik berenang.....

Berenang merupakan olahraga tanpa daya graviti bumi (non weight barring). Ianya mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang seperti lebihan berat badan (obesiti), ibu hamil dan penderita gangguan persendian tulang atau arthritis

Berenang memiliki banyak manfaat yang dapat dirasakan apabila kita melakukannya secara betul dan jadikan senaman itu sebagai rutin, antaranya ialah :
Meningkatkan kemampuan fungsi jantung dan paru-paru
Gerakan mendorong dan menendang air dengan anggota tubuh terutama tangan dan kaki, dapat memacu aliran darah ke jantung, pembuluh darah, dan paru-paru.Berenang juga dapat dikategorikan sebagai latihan aerobik dalam air.
Melatih pernafasan
Sangat dianjurkan bagi orang yg terkena penyakit asma untuk berenang kerana sistem cardiovaskular dan pernafasan dapat menjadi kuat. Pernafasan kita menjadi lebih sihat, lancar, dan pernafasan menjadi lebih panjang
Membentuk otot

Ketika berenang, kita menggerakkan hampir keseluruhan otot-otot pada tubuh,dari kepala, leher, dada, perut, punggung, pinggang, anggota gerak bawah, dan telapak kaki. Saat bergerak di dalam air, tubuh mengeluarkan energi atau tenaga yang lebih besar kerana harus ‘melawan’air yang mampu menguatkan dan melenturkan otot-otot tubuh.
Membakar kalori lebih banyak
Saat berenang, tubuh akan terasa lebih berat bergerak di dalam air. Tenaga yang diperlukan pun menjadi lebih tinggi, sehingga dapat secara efektif membakar sekitar 24% kalori tubuh. Ada fakta mengatakan berenang membakar lebih banyak kalori daripada berjogging
Self safety

Dah pandai berenang, tentulah kita tidak perlu risau apabila berhadapan situasi cemas seperti jatuh ke laut dan lain-lain
Menghilangkan stress.

Secara psikologi, berenang juga dapat membuatkan hati dan fikiran lebih relaks. Gerakan berenang yang dilakukan dengan santai dan perlahan, mampu meningkatkan hormon endorfin dalam otak. Suasana hati jadi sejuk, fikiran pun jadi tenang. Sejam setengah srikandi duduk dalam kolam tu pun masih belum puas rasanya.

Thursday, April 17, 2014

Dugaan Untuk Kami Yg TTC

Luahan hati diawal-awal pagi jumaat...Akak   diofis ada dalam tiga orang yg rapat tetapi masih tidak mempunyai permata hati..Semalam ada seorang salah seorang daripada kami yg terasa hati dengan kawan di ofis...Walaupun tidak ditujukan kepada akak tapi terasa ler juga...Kami pernah mengandung tapi tidak ada rezeki .....sedihnya tidak terkata..Dah lama tidak tegok kak ku sorang nie nangis dan diriku juga sudah lama tidak menangis kerana perkara itu..bukan tak fikir tapi sudah letih...susah nak cakap kalau org yg tak rasa apa yang kami rasa...hanya mereka yg mengalami sahaja yg tahu...semua orang nak ada anak..saper yg tak mahu..gelagat anak-anak memang menghiburkan walaupun kadang kala merunsingkan kepala...masing-masing dengan gelagat sendiri....bila usia perkahwinan menjejak hampir bertahun-tahun lamanya hati menangis siapa yang tahu....Allah sahaja yang tahu..jangan ler cakap yg kami nie tak boleh mengandung...doakanlah yg baik-baik sahaja untuk kami..Sedih sangat saya tegok akak tu semalam sampai menangis tersedu-sedu...sampai dalam hati saya juga turut menangis ...kami berdua diuji perkara yg sama...pernah mengandung tapi masih tak ada rezeki...Bersangka baik dengan Allah..sebab Allah tak bagi rezeki lagi kepada kami...Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kami ..InsyAllah ada manisnya nanti bukan didunia tapi diakhirat...Sabar itu indah..mudah untuk diperkatakan pahit untuk dilaksanakannya....Kami adalah insan yang istimewa kerana diuji dengan ujian ini...Akak yakin kami akan mempunyai zuriat sendiri...cuma masa dan waktu yang menentukannya...

Thursday, April 10, 2014

Tahniah

Seronoknya ada kawan yg baru lahirkan baby boy...Syukur Alhamdulilaah..anak ke-enam...macam-macam org memperkatakannya...bila kita dego ckp org kita pulak emosi...lantak ler korang...anak ramai pun dibuat lawak macam-macam...lucah ler sikit..masuk tak kuo2...hihihihi...kawan kak yong nie bersalin normal & tidak berjahit...itu pun ada yg buat lawak..kenapa tak jahit???? saper yg power...macam-macam ler kawan-kawan ku nie..yg memperkatakannya adalah lelaki-lelaki yg gagah perkasa...
Bila anak sorang..jadi persoalan gak..bila nak tambah lagi...Manusia nie penuh dgn soalan dan persoalan...Tak ada anak pun asyik bertanya..Kak Yong tak pergi berurut ker...kenapa tak nak beli ubat ngan akak...kita kener buat ini..buat itu..thank kawan-kawan yg prihatin..tapi ada yg lupa semua itu dengan kuasa Allah ..Tak kan ler kak yong nak cakap saya malam td ada xxx dgn abg sedap sangat...(sorry ayat geram)...Ada perkara yg kita boleh berkongsi sama-sama ..ada perkara yg sukar utk diperkatakan...Sekarang nie pun ramai yg akan dpt baby baru tapi masih peringkat permulaan lagi..yg anak masih kecik pun dah masuk round ke dua...Alhamdulilaah syukur kawan-kawan...InsyAllah..lepas nie giliran kak yong dengan mama naz,mama mid dan mama wa...
Comelnya gambar baby yg kak yong ambik nie..gambar baby kembar ..kak yong memang mengimpikan nak baby kembar sebab masa gugur kali pertama adalah kembar...cepatnya masa berlalu hampir sepuluh tahun seiring dengan usia perkahwinan kak yong..kenapa tiba-tiba pagi nie kak yong ter emosi sikit...

Tuesday, March 18, 2014

Produk Kesuburan

 
Dah nak bersawang blog kak yong nie...Usaha masih diteruskan untuk mencapai impian untuk memiliki zuriat..Antara pemakanan yg kak yong makan n minum seperti didalam gambar.. kapsul debunga Ar Rasyid..kapsul buah zuriat Ar Rasyid..pati delima..zink Shakele dan Intra...Pagi2 sebelum mkn sebarang makanan..kak yong minum intra..dlm pukul 10pg selepas mkn pagi..telan kapsul debunga Ar Rasyid..Sebelum tido kapsul zuriat Ar Rasyid....pati delima n zink ikut kesesuaian...selalunya pati delima masa sebelah malam..zink pada waktu tengahari...Syukur Alhamdulilaah cikP bulan nie tanpa makan ubat doc..Kak yong happy sangat...sebab dengan ini kak yong dah kembali subur utk memudahkan memiliki zuriat...Amin..Kalau yg terbaca blog  nie Amin kan ler jugak yer.. Dibawah nie jugak akak ader tunjukkan macamana ler rupernyer intra..Panjang kisahnya macamana kak yong dpt berjumpa dgn produk nie..Kak yong ada berjumpa dengan seorang insan yang berhati ikhlas..Ustaz Azmi yg memperkenalkan produk nie kpd kak yong...setelah perubatan tradisional kak yong lakukan..sampai masanyer utk beralih ke perubatan moden...mood anak sulung so..kak yong panggilan org perak utk anak sulung...Citer pasal anak sulung..kak yong nie anak sulung kepada bonda dan ayahanda..cucu sulung sebelah bonda..ramai yg menanti kehadiran cicit pertama..Dari Pak Ngah..Pak Uda..Mak Andak..Mak Anjang..Pakcik..Mak teh..Paksu..Mak Atam..Semuanya mengharapkan kehadiran cucu..untuk naik pangkat Atuk n Opah..So sweet..Dah semakin hilang dari radar lak citer kak yong nie..sebut pasal radar..teringat kapal terbang yg hilang MH370..dugaan akak dah terasa berat..dugaan mereka didlm kapal terbang yg hilang..aper ler citer..walaupun tidak ada kaitan dgn mereka yg terlibat..terasa jugak sebagai rakyat malaysia...jam hampir pukul 5ptg..kak yong nak balik ler..nak tido umah mak..en hubby x der outstation..
 



 




Intra
Set Ar Rasyid