Baju renang muslimah ini mempunyai tali disebelah kiri serta kanan yang akan diikat antara baju serta seluar supaya apabila kita berenang baju kita tidak tertarik...sut ini juga menutup aurat dibahagian kepala...selesa apabila memakai...gogle diperlukan apabila berenang supaya kita boleh membuka mata didalam air...pertama kali membuka mata dalam air sungguh teruja serta menyeronokkan...
Akak akan pergi berenang bila keadaan cuaca mengizinkan....sungguh seronok bila dapat melakukan aktiviti ini..walaupun kadang-kadang ada air yang masuk ke dalam hidung atau telinga...nie adalah pengalaman yang terindah....uolls semua boleh mencuba...sungguh menyeronokkan...
Berenang merupakan olahraga tanpa daya graviti bumi (non weight barring). Ianya mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang seperti lebihan berat badan (obesiti), ibu hamil dan penderita gangguan persendian tulang atau arthritis
Berenang memiliki banyak manfaat yang dapat dirasakan apabila kita melakukannya secara betul dan jadikan senaman itu sebagai rutin, antaranya ialah :
Meningkatkan kemampuan fungsi jantung dan paru-paru
Gerakan mendorong dan menendang air dengan anggota tubuh terutama tangan dan kaki, dapat memacu aliran darah ke jantung, pembuluh darah, dan paru-paru.Berenang juga dapat dikategorikan sebagai latihan aerobik dalam air.
| |
Melatih pernafasan Sangat dianjurkan bagi orang yg terkena penyakit asma untuk berenang kerana sistem cardiovaskular dan pernafasan dapat menjadi kuat. Pernafasan kita menjadi lebih sihat, lancar, dan pernafasan menjadi lebih panjang | |
Membentuk otot
Ketika berenang, kita menggerakkan hampir keseluruhan otot-otot pada tubuh,dari kepala, leher, dada, perut, punggung, pinggang, anggota gerak bawah, dan telapak kaki. Saat bergerak di dalam air, tubuh mengeluarkan energi atau tenaga yang lebih besar kerana harus ‘melawan’air yang mampu menguatkan dan melenturkan otot-otot tubuh. | |
Membakar kalori lebih banyak
Saat berenang, tubuh akan terasa lebih berat bergerak di dalam air. Tenaga yang diperlukan pun menjadi lebih tinggi, sehingga dapat secara efektif membakar sekitar 24% kalori tubuh. Ada fakta mengatakan berenang membakar lebih banyak kalori daripada berjogging
| |
Self safety
Dah pandai berenang, tentulah kita tidak perlu risau apabila berhadapan situasi cemas seperti jatuh ke laut dan lain-lain | |
Menghilangkan stress.
Secara psikologi, berenang juga dapat membuatkan hati dan fikiran lebih relaks. Gerakan berenang yang dilakukan dengan santai dan perlahan, mampu meningkatkan hormon endorfin dalam otak. Suasana hati jadi sejuk, fikiran pun jadi tenang. Sejam setengah srikandi duduk dalam kolam tu pun masih belum puas rasanya. |
No comments:
Post a Comment