JellyPages.com

Sunday, October 18, 2015

Anugerah Terindah


Dah lama rasanya tidak berkongsi cerita..macam-macam cerita ada, tp  disebabkan kesibukan menyiapkan tesis hingga dah selesai konvokesyen pada  3 oktober 2015 yang lalu adalah sesuatu kejayaan yang terindah..Syukur Alhamdulilaah sarjana kejuruteraan mekanikal telah berjaya diperolehi…..Tanpa disedari sudah tujuh tahun belajar daripada ijazah muda.. sarjana…cepat masa berlalu seiring dgn usia perkahwinan  kami…sepatutnya tahun nie buat rawatan iui..tapi disebabkan faktor kesibukan dan masalah period …di tangguhkan dan hampir setahun rupanya Lin tak pergi buat rawatan cyst…adoi...adoi... tiba-tiba risau ler pulak sebab period bulan nie sakit sangat banyak kali segugut dan sampai hari ke enam masih lagi keluar sedikit cecair period…tapi hari ketujuh memang betul-betul kering dan boleh solat semula…
 Baru dua minggu hbs konvo ….tiba-tiba akan jd ibu..apa maksudnya…InsyaAllah kalau ada rezeki  Lin kali nie ..geng-geng....kami akan ambik anak angkat…akhir bulan oktober baby nie akan lahir..memang terkejut sangat bila ada kawan yang bertanya "nak tak ambik anak angkat"…Lin positifkan diri dgn menyatakan kalau ini amanah yang Allah kurniakan untuk kami suami isteri juga kepada keluarga kami…Allah mudahkan usaha kami ini… bermula dari situ  macam-macam perasaan timbul…risau, gembira, terkejut..hampir seminggu tido malam tak lena memikirkan dan melayan perasaan….setiap hari tegok barangan baby, tilam baby, katil, baju..tapi dlm masa yang sama Lin  perlu positifkan diri, sebab dua tahun lepas pernah  Lin  ambik baby nak jadikan anak angkat tiba-tiba macam-macam masalah timbul..hampir dua tahun Lin fobia dan terus Lin sambung belajar lg..…baju baby sebelum nie semua Lin bagi kepada rumah anak-anak penyayang dan baby Firas kawan Lin satu taman…sebenarnya jantina baby yang akan dpt nanti... Lin tidak kisah sgt …tapi naluri Lin nak baby girl..tidak tahu kenapa mungkin baju baby girl n aksesori byk yg menarik....hehehe..dan Lin nak ada pembantu tlg Lin masak nanti..hehehe..berangan lg...

Macam-macam blog Lin baca untuk meningkatkan motivasi untuk mengambil anak angkat ini....bukan mudah nak mendidik jiwa untuk menjadi ibu yang sempurna untuk mendidik dan membesarkan anak ini supaya menjadi insan yang taat dan patuh kepada ajaran agama Islam….besar tanggungjawab menjadi ibabapa nie…langkah pertama yang perlu Lin buat adalah positifkan diri…sucikan diri…kali nie memang Lin betul-betul berharap..sampai  Lin cakap dgn hubby kalau tak dapat Lin menangis tau…..emosi sekejap..hanya insan yang terpilih sahaja yang tahu perasaan ini…tak sabar sebenarnya nak shopping barangan baby....semoga ianya menjadi realiti Anugerah terindah untuk kami berdua..Lin n Hubby...