Dah lama rasanya tidak berkongsi cerita..macam-macam cerita ada, tp disebabkan kesibukan menyiapkan tesis hingga dah selesai konvokesyen pada 3 oktober 2015 yang lalu adalah sesuatu
kejayaan yang terindah..Syukur Alhamdulilaah sarjana kejuruteraan mekanikal
telah berjaya diperolehi…..Tanpa disedari sudah tujuh tahun belajar daripada ijazah muda..
sarjana…cepat masa berlalu seiring dgn usia perkahwinan kami…sepatutnya tahun nie buat rawatan
iui..tapi disebabkan faktor kesibukan dan masalah period …di tangguhkan dan hampir
setahun rupanya Lin tak pergi buat rawatan cyst…adoi...adoi... tiba-tiba risau ler
pulak sebab period bulan nie sakit sangat banyak kali segugut dan sampai hari
ke enam masih lagi keluar sedikit cecair period…tapi hari ketujuh memang betul-betul
kering dan boleh solat semula…
Macam-macam blog Lin baca untuk meningkatkan motivasi untuk mengambil anak angkat ini....bukan mudah nak mendidik jiwa untuk menjadi ibu yang sempurna untuk mendidik dan membesarkan
anak ini supaya menjadi insan yang taat dan patuh kepada ajaran agama Islam….besar
tanggungjawab menjadi ibabapa nie…langkah pertama yang perlu Lin buat adalah
positifkan diri…sucikan diri…kali nie memang Lin betul-betul
berharap..sampai Lin cakap dgn hubby
kalau tak dapat Lin menangis tau…..emosi sekejap..hanya insan yang terpilih
sahaja yang tahu perasaan ini…tak sabar sebenarnya nak shopping barangan baby....semoga ianya menjadi realiti Anugerah terindah untuk kami berdua..Lin n Hubby...
No comments:
Post a Comment