Hari ini Lin akan berjumpa dengan doc pakar untuk membuat ivf..temujanji pada pukul 2.00petang..semoga Allah permudahkan urusan Lin dan hubby untuk memiliki zuriat yang sempurna soleh dan solehah..Amin..Allah yang berkuasa atas segala-galaNya..kita hanya mampu berdoa..berusaha...masa yang tinggal untuk Lin hanya 4tahun sahaja sebelum berumur 40tahun...
Monday, April 18, 2016
Sabar Itu Indah...
Hati mana yang tidak tersentuh bila melihat rakan-rakan menghantar anak-anak mereka ke taska atau sekolah..kadang-kadang bawak ke ofis bila waktu petang...anak adalah pengikat hubungan antara suami dan isteri dalam rumahtangga..tetapi Lin percaya Allah hadirkan pasangan kita yang boleh sama-sama menghadapi ujian ini..Sejak dua atau tiga hari ini..Lin asyik menangis bila mengenangkan masalah yang Lin hadapi ini..Bila difikirkan semula..hanya mereka yang berjiwa kental sahaja yang sanggup berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan ivf...banyak sgt ujian yang perlu dihadapi...
Sunday, April 17, 2016
Rawatan Kedua 14 April 2016
Rawatan kali kedua untuk tahun 2016 melibatkan rawatan untuk kesuburan dan rawatan lepas pembedahan tempohari pada 28 Januari 2016. Rawatan kali ini Lin menunggu selama 3jam baru dapat berjumpa dengan Doc sakit puan di Hospital Besar Ipoh...Sebelum nama dipanggil Lin menunggu dihadapan bilik No1 mengikut angka giliran yang Lin dapat..rupanya fail Lin berada di bilik scan...selepas buat scan..Lin merasa bersyukur kerana cyst yang berada dibahagian kanan Lin tidak kelihatan dipaparan screen..hanya fabroid bersaiz 3cm yang masih lagi kelihatan dengan jelas...
Setelah doc melihat semua ujian darah dan pepsmear yang lepas..menunjukkan semuanya normal..Lin bertanya kepada doc bagaimana untuk Lin hendak mendapat zuriat semula selepas Lin menjalani pembedahan ini...
Doc yang Lin jumpa kali ini sungguh baik dan banyak menolong Lin..walaupun airmata Lin laju jer nak keluar dengan tiba-tiba....hanya Allah sahaja yang tahu...setelah Doc berpuashati semua ujian yang Lin lakukan...akhirnya Doc pakar iaitu Doktor Tham bertanya kepada Lin dua rawatan yang boleh dilaksanakan iaitu secara iui atau ivf..Lin berfikir dalam masa 3saat dan membuat keputusan untuk membuat ivf...19 April (Selasa) Lin akan bertemu semua dengan beliau bersama-sama dengan hubby untuk mendengar secara terperinci ivf..Lin pun tidak tahu sangat tentang ivf ini..hanya dengar pengalaman kawan-kawan dan baca dalam internet sahaja..kos yang diperlukan bergantung kepada keperluan seseorang..anggaran 8 ribu hingga 10ribu kalau buat dihospital kerajaan dan hospital swasta boleh lebih daripada itu...Lin hanya buat anggaran sahaja bergantung kepada hospital yer...Dihospital kerajaan kalau hendak buat rawatan kesuburan perlu sebelum berusia 40tahun dan jika berjaya buat ivf kali pertama..untuk kali kedua hospital kerajaan tidak akan tanggung kos rawatan...
Bagi semangat kepada uolls semua dan diri saya jugak supaya lebih berusaha..berdoa untuk beroleh kejayaan untuk pregnant pada tahun nie..jadual untuk dapat anak lelaki atau perempuan..Lin tak tahu ler keberkesanannya sebab Lin tak berjaya nak dapat baby lagi.....

Tuesday, January 12, 2016
Rawatan Pertama 7Jan2016
Kehidupan perlu dilalui walaupun pedih dan penuh dengan liku-liku kesabaran, keimanan dan ketabahan...Rawatan pertama di hospital besar Ipoh untuk rawatan cyst dan fabroid yang Lin ada...setiap makhluk Allah diberi ujian yang berbeza mengikut kemampuan dan ketabahan masing-masing....Dr Pakar O&G yang sepatutnya Lin jumpa bercuti pulak pada hari tersebut..so Lin berjumpa dengan dr pakar sakit puan yang lain...seorang perempuan cina..okay ler walaupun rasa ralat sebab tak dapat jumpa dengan doc yang betul-betul pakar...Lin tunggu hampir sejam untuk scan bahagian rahim, untuk mengetahui saiz fabroid dan cyst yang Lin alami...mengikut adik yang scan Lin ..saiz yang normal..walaupun Lin dah rasa tidak sedap hati sebabnya 2 atau 3 hari berikutnya Lin hanya menangis...Allah maha besar...benda kat dalam rahim memang sukar sedikit nak tahu macamana rupa, jenis dan saiz sebenar...tetapi teknologi scan di hosp besar ipoh guna adalah yang terbaik mengikut berbincangan dengan rakan-rakan lain...sebab ada analisis....macam analisis Finite Element.....
Lin telah memaklumkan tentang rawatan terdahulu yang pernah Lin lakukan disini tapi separuh jalan sebab hal-hal peribadi yang tidak dapat elakkan..sekarang usia dipenghujung 30an...yang penting Lin dah berusaha....antara ujikaji yang Lin laksanakan ialah berkaitan dengan ujian darah, air kencing dan juga peapsmear (utk mengetahui tahap kesihatan rahim)..rawatan peapsmear memang menyakitkan sebab doc yg rawat Lin bersungguh-sungguh ambil sample dalam rahim...rawatan seterusnya pada 14 April 2016...tetapi kalau ada permasalahan yang serius pihak Hospital akan hubungi Lin awal sedikit daripada masa pertemuan yang kedua.....Ya Allah semoga Allah permudahkan usaha Lin dan hubby untuk mempunyai zuriat sendiri..Aminn...
Pesanan Lin untuk rakan-rakan yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri, jangan biarkan masa berlalu pergi..buatlah rawatan awal..jgn tunggu-tunggu..rugi..terutama kepada wanita..tahap kesuburan kita akan menurun bila usia meningkat....Lin pun rasa dah terlewat utk bertindak...tapi Lin malas nak fikirkan yang lepas-lepas..Lin nak usaha apa yang ada didepan mata jer..berlalu tetap berlalu....
ujian untuk lelaki hanya satu..tetapi ujian untuk perempuan banyak....sebab baby akan duduk dalam rahim ibu...

Subscribe to:
Posts (Atom)