Rawatan kali kedua untuk tahun 2016 melibatkan rawatan untuk kesuburan dan rawatan lepas pembedahan tempohari pada 28 Januari 2016. Rawatan kali ini Lin menunggu selama 3jam baru dapat berjumpa dengan Doc sakit puan di Hospital Besar Ipoh...Sebelum nama dipanggil Lin menunggu dihadapan bilik No1 mengikut angka giliran yang Lin dapat..rupanya fail Lin berada di bilik scan...selepas buat scan..Lin merasa bersyukur kerana cyst yang berada dibahagian kanan Lin tidak kelihatan dipaparan screen..hanya fabroid bersaiz 3cm yang masih lagi kelihatan dengan jelas...
Setelah doc melihat semua ujian darah dan pepsmear yang lepas..menunjukkan semuanya normal..Lin bertanya kepada doc bagaimana untuk Lin hendak mendapat zuriat semula selepas Lin menjalani pembedahan ini...
Doc yang Lin jumpa kali ini sungguh baik dan banyak menolong Lin..walaupun airmata Lin laju jer nak keluar dengan tiba-tiba....hanya Allah sahaja yang tahu...setelah Doc berpuashati semua ujian yang Lin lakukan...akhirnya Doc pakar iaitu Doktor Tham bertanya kepada Lin dua rawatan yang boleh dilaksanakan iaitu secara iui atau ivf..Lin berfikir dalam masa 3saat dan membuat keputusan untuk membuat ivf...19 April (Selasa) Lin akan bertemu semua dengan beliau bersama-sama dengan hubby untuk mendengar secara terperinci ivf..Lin pun tidak tahu sangat tentang ivf ini..hanya dengar pengalaman kawan-kawan dan baca dalam internet sahaja..kos yang diperlukan bergantung kepada keperluan seseorang..anggaran 8 ribu hingga 10ribu kalau buat dihospital kerajaan dan hospital swasta boleh lebih daripada itu...Lin hanya buat anggaran sahaja bergantung kepada hospital yer...Dihospital kerajaan kalau hendak buat rawatan kesuburan perlu sebelum berusia 40tahun dan jika berjaya buat ivf kali pertama..untuk kali kedua hospital kerajaan tidak akan tanggung kos rawatan...
Bagi semangat kepada uolls semua dan diri saya jugak supaya lebih berusaha..berdoa untuk beroleh kejayaan untuk pregnant pada tahun nie..jadual untuk dapat anak lelaki atau perempuan..Lin tak tahu ler keberkesanannya sebab Lin tak berjaya nak dapat baby lagi.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment