Hari ini Lin akan berjumpa dengan doc pakar untuk membuat ivf..temujanji pada pukul 2.00petang..semoga Allah permudahkan urusan Lin dan hubby untuk memiliki zuriat yang sempurna soleh dan solehah..Amin..Allah yang berkuasa atas segala-galaNya..kita hanya mampu berdoa..berusaha...masa yang tinggal untuk Lin hanya 4tahun sahaja sebelum berumur 40tahun...
Monday, April 18, 2016
Sabar Itu Indah...
Hati mana yang tidak tersentuh bila melihat rakan-rakan menghantar anak-anak mereka ke taska atau sekolah..kadang-kadang bawak ke ofis bila waktu petang...anak adalah pengikat hubungan antara suami dan isteri dalam rumahtangga..tetapi Lin percaya Allah hadirkan pasangan kita yang boleh sama-sama menghadapi ujian ini..Sejak dua atau tiga hari ini..Lin asyik menangis bila mengenangkan masalah yang Lin hadapi ini..Bila difikirkan semula..hanya mereka yang berjiwa kental sahaja yang sanggup berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan ivf...banyak sgt ujian yang perlu dihadapi...
Sunday, April 17, 2016
Rawatan Kedua 14 April 2016
Rawatan kali kedua untuk tahun 2016 melibatkan rawatan untuk kesuburan dan rawatan lepas pembedahan tempohari pada 28 Januari 2016. Rawatan kali ini Lin menunggu selama 3jam baru dapat berjumpa dengan Doc sakit puan di Hospital Besar Ipoh...Sebelum nama dipanggil Lin menunggu dihadapan bilik No1 mengikut angka giliran yang Lin dapat..rupanya fail Lin berada di bilik scan...selepas buat scan..Lin merasa bersyukur kerana cyst yang berada dibahagian kanan Lin tidak kelihatan dipaparan screen..hanya fabroid bersaiz 3cm yang masih lagi kelihatan dengan jelas...
Setelah doc melihat semua ujian darah dan pepsmear yang lepas..menunjukkan semuanya normal..Lin bertanya kepada doc bagaimana untuk Lin hendak mendapat zuriat semula selepas Lin menjalani pembedahan ini...
Doc yang Lin jumpa kali ini sungguh baik dan banyak menolong Lin..walaupun airmata Lin laju jer nak keluar dengan tiba-tiba....hanya Allah sahaja yang tahu...setelah Doc berpuashati semua ujian yang Lin lakukan...akhirnya Doc pakar iaitu Doktor Tham bertanya kepada Lin dua rawatan yang boleh dilaksanakan iaitu secara iui atau ivf..Lin berfikir dalam masa 3saat dan membuat keputusan untuk membuat ivf...19 April (Selasa) Lin akan bertemu semua dengan beliau bersama-sama dengan hubby untuk mendengar secara terperinci ivf..Lin pun tidak tahu sangat tentang ivf ini..hanya dengar pengalaman kawan-kawan dan baca dalam internet sahaja..kos yang diperlukan bergantung kepada keperluan seseorang..anggaran 8 ribu hingga 10ribu kalau buat dihospital kerajaan dan hospital swasta boleh lebih daripada itu...Lin hanya buat anggaran sahaja bergantung kepada hospital yer...Dihospital kerajaan kalau hendak buat rawatan kesuburan perlu sebelum berusia 40tahun dan jika berjaya buat ivf kali pertama..untuk kali kedua hospital kerajaan tidak akan tanggung kos rawatan...
Bagi semangat kepada uolls semua dan diri saya jugak supaya lebih berusaha..berdoa untuk beroleh kejayaan untuk pregnant pada tahun nie..jadual untuk dapat anak lelaki atau perempuan..Lin tak tahu ler keberkesanannya sebab Lin tak berjaya nak dapat baby lagi.....

Tuesday, January 12, 2016
Rawatan Pertama 7Jan2016
Kehidupan perlu dilalui walaupun pedih dan penuh dengan liku-liku kesabaran, keimanan dan ketabahan...Rawatan pertama di hospital besar Ipoh untuk rawatan cyst dan fabroid yang Lin ada...setiap makhluk Allah diberi ujian yang berbeza mengikut kemampuan dan ketabahan masing-masing....Dr Pakar O&G yang sepatutnya Lin jumpa bercuti pulak pada hari tersebut..so Lin berjumpa dengan dr pakar sakit puan yang lain...seorang perempuan cina..okay ler walaupun rasa ralat sebab tak dapat jumpa dengan doc yang betul-betul pakar...Lin tunggu hampir sejam untuk scan bahagian rahim, untuk mengetahui saiz fabroid dan cyst yang Lin alami...mengikut adik yang scan Lin ..saiz yang normal..walaupun Lin dah rasa tidak sedap hati sebabnya 2 atau 3 hari berikutnya Lin hanya menangis...Allah maha besar...benda kat dalam rahim memang sukar sedikit nak tahu macamana rupa, jenis dan saiz sebenar...tetapi teknologi scan di hosp besar ipoh guna adalah yang terbaik mengikut berbincangan dengan rakan-rakan lain...sebab ada analisis....macam analisis Finite Element.....
Lin telah memaklumkan tentang rawatan terdahulu yang pernah Lin lakukan disini tapi separuh jalan sebab hal-hal peribadi yang tidak dapat elakkan..sekarang usia dipenghujung 30an...yang penting Lin dah berusaha....antara ujikaji yang Lin laksanakan ialah berkaitan dengan ujian darah, air kencing dan juga peapsmear (utk mengetahui tahap kesihatan rahim)..rawatan peapsmear memang menyakitkan sebab doc yg rawat Lin bersungguh-sungguh ambil sample dalam rahim...rawatan seterusnya pada 14 April 2016...tetapi kalau ada permasalahan yang serius pihak Hospital akan hubungi Lin awal sedikit daripada masa pertemuan yang kedua.....Ya Allah semoga Allah permudahkan usaha Lin dan hubby untuk mempunyai zuriat sendiri..Aminn...
Pesanan Lin untuk rakan-rakan yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri, jangan biarkan masa berlalu pergi..buatlah rawatan awal..jgn tunggu-tunggu..rugi..terutama kepada wanita..tahap kesuburan kita akan menurun bila usia meningkat....Lin pun rasa dah terlewat utk bertindak...tapi Lin malas nak fikirkan yang lepas-lepas..Lin nak usaha apa yang ada didepan mata jer..berlalu tetap berlalu....
ujian untuk lelaki hanya satu..tetapi ujian untuk perempuan banyak....sebab baby akan duduk dalam rahim ibu...

Sunday, December 27, 2015
Masih Lagi Menanti
Untuk menghabiskan cuti tahunan .. Lin telah memohon cuti selama seminggu dengan harapan nak pergi bercuti berdua-dua dengan hubby ke Fraser Hill..Tapi sesuatu telah berlaku..kali nie rasa macam mimpi …16 Disember iaitu hari rabu ader ketulan besar jatuh semasa membuang air kecil …dlm hati mesti period pertama..diam jer ler tapi bila masuk hari ke3 terasa sakit sangat2..sampai tak boleh tido..keesokkan pergi hospital …dr scan dan ternampak ler ada cyst..masa dr terangkan tak mampu nak berkata-kata..hanya menangis jer..tp kata2 dr sungguh menyentuh perasaan..banyak pahala awak nie....tiba-tiba rasa sedih sangat-sangat…dr ada ckp sakit nie sebab rahim mengecut...gugur diawal kehamilan ..dalam 4minggu….masa dekat hospital masih banyak ketulan-ketulan besar yang jatuh…..kakak yg selalu Lin berurut pun ckp perkara yang sama iaitu keguguran..oh tidak andai masa dpt diudurkan semula tentu Lin tak kan angkat benda2 berat, makan masakan pedas2….bila teringat semula..masa mingggu2 sebelum tu Lin suka tido jer sebab kepenatan sangat2….masa mula-mula tahu macam tak percaya..sebab lama sangat tak mengandung..sebab asyik belajar jer..sampai lupa kehidupan rumahtangga..…
Susu Kambing diminum bersama kurma untuk setiap pagi |
Walaubagaimana pun kemungkinan ini adalah usaha Lin minum susu kambing+badam atau susu kambing+kurma, makan women secret recipe, hai goat spurlina, untuk santapan rohani…Lin amalkan istighfar setiap kali solat fardhu…solat dhuha..solat tahjut (kdg)… ada juga makanan yang Lin pantang..antaranya tomyam..hampir 3bulan tak makan tomyam…sebenarnya byk lagi makanan yang perlu dielakkan untuk hamil antaranya ialah makanan segera, makanan dalam tin, masakan pedas2, kari, tomyam, sos cili…semua makanan tu akan menyebabkan kita menjadi sukar subur….tapi sebenarnya bergantung kepada individu..kalau rasa nak ikut..boleh ikut..kalau tak mahu pun x per…tp Lin cuba mana yang boleh ikut..Lin ikut..tapi kadang-kadang tekak tak boleh tahan kesedapan makanan…7 Jan perjumpaan dgn doctor pakar O&G akan menentukan proses yang seterusnya...semoga Allah memudahkan urusan Lin dan hubby pada kali nie utk mempunyai zuriat sendiri...
Sunday, October 18, 2015
Anugerah Terindah
Dah lama rasanya tidak berkongsi cerita..macam-macam cerita ada, tp disebabkan kesibukan menyiapkan tesis hingga dah selesai konvokesyen pada 3 oktober 2015 yang lalu adalah sesuatu
kejayaan yang terindah..Syukur Alhamdulilaah sarjana kejuruteraan mekanikal
telah berjaya diperolehi…..Tanpa disedari sudah tujuh tahun belajar daripada ijazah muda..
sarjana…cepat masa berlalu seiring dgn usia perkahwinan kami…sepatutnya tahun nie buat rawatan
iui..tapi disebabkan faktor kesibukan dan masalah period …di tangguhkan dan hampir
setahun rupanya Lin tak pergi buat rawatan cyst…adoi...adoi... tiba-tiba risau ler
pulak sebab period bulan nie sakit sangat banyak kali segugut dan sampai hari
ke enam masih lagi keluar sedikit cecair period…tapi hari ketujuh memang betul-betul
kering dan boleh solat semula…
Macam-macam blog Lin baca untuk meningkatkan motivasi untuk mengambil anak angkat ini....bukan mudah nak mendidik jiwa untuk menjadi ibu yang sempurna untuk mendidik dan membesarkan
anak ini supaya menjadi insan yang taat dan patuh kepada ajaran agama Islam….besar
tanggungjawab menjadi ibabapa nie…langkah pertama yang perlu Lin buat adalah
positifkan diri…sucikan diri…kali nie memang Lin betul-betul
berharap..sampai Lin cakap dgn hubby
kalau tak dapat Lin menangis tau…..emosi sekejap..hanya insan yang terpilih
sahaja yang tahu perasaan ini…tak sabar sebenarnya nak shopping barangan baby....semoga ianya menjadi realiti Anugerah terindah untuk kami berdua..Lin n Hubby...
Monday, November 24, 2014
Period Ku Kembali Pening
Baru rasa nak bergembira bila period sudah kembali normal boleh ler laksanakan misi seterusnya untuk membuat IUI..Tetapi kehendak Allah tidak dapat dihalang ..tiba2 period ku tidak muncul tiba hampir 2 bulan lebih lamanya..bila buat ujian kehamilan masih negatif..sedih ler pulak rasa hati dan pening kepala bila memikirkannya....rasanya sebab tukar produk lain...sebelum nie makan kapsul minyak zaitun dan habatussauda berserta dengan intra period okay jer..datang tepat pada masanya.tapi bila tukar produk lain terus period jadi tidak teratur...sebabnya tiba2 tergoda pulak dgn produk Kekanda dan Adinda...macam2 kandungan ada dalam produk tersebut..produk nie memang bagus....kemungkinan ina jer yang tidak sabar dalam mengambil satu2 produk....pening dah kepala akak apa nak buat nie...kalau boleh nak buat IUI dalam masa terdekat nie..Masa tengah period normal tiba2 rasa nak tunggu supaya ada keajaiban berlaku....Ya Allah permudahkanlah urusanku bersama-sama sahabatku untuk memiliki zuriat sendiri..Aminn...ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita...positif kan minda..Senyum Semua...walau hati menangis...
Thursday, September 11, 2014
SYukur Diatas RahmatNya....
Syukur Alhamdulilaah..period ku dah kembali teratur semula selama tiga bulan berturut-turut..sepatutnya bulan nie boleh buat rawatan IUI..tapi hati masih nak cuba secara normal..Walaupun perasaan ini tahu utk mendapat secara normal sukar sedikit disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan..Dengan kuasa Allah ..semoga ada keajaiban kepada diriku dan suami..Bila sudah lama sangat bersabar dan menanti...segala perasaan akan terasa didalam hati yg mendalam..Kadang-kadang rasa nak menangis ..tapi dalam hati...Hatiku dah semakin rapuh rupanya...Hanya kawan2 yg mengalami sahaja yg faham tentang situasi ini..Hanya dengan mengingati ALLAH dapat memberi kekuatan kepadaku untuk meneruskan perjuangan ini....lagi tiga bulan tahun 2014 akan berakhir..semakin bertambah lg usiaku dan usia perkahwinanku...harapan utk dapat baby tahun nie dah semakin tipis...fikir positif semoga semuanya akan menjadi ceria kembali dan ada kejayaan utk aku dan kawan2 lain yg TTC hamil pada tahun ini masih belum terlewat lagi..Kuasa ALLAH mengatasi segala-galaNYA...INSYALLAH..AMINN...
Gambar inilah yg menjadi impian semua kawan-kawan yg masih TTC...Impian kita akan tercapai...INSYALLAH...ada tiga bulan lagi untuk kita berusaha..tahun hadapan dah ada panggilan yang manis-manis utk kita..ibu..mak..umi..mama atau mami...semuanyer sweet ..walau apapun panggilan yg di idamkan...

Subscribe to:
Posts (Atom)