1) Kesuburan
Wanita + Kesuburan Lelaki
Kedua-dua isteri dan
suami memainkan peranan penting bagi menjayakan usaha untuk hamil ini. Oleh
itu, secara menyeluruhnya kesuburan wanita dan kesuburan lelaki amat penting
dalam usaha mendapatkan cahayamata. Di bawah ini saya ringkaskan apa yang
diperlukan untuk kesuburan wanita dan kesuburan lelaki sekurang-kurang untuk 1
hingga 6 bulan sebelum perancangan untuk hamil:-
Kesuburan
Wanita ·
Anda hendaklah peka
dengan mengenalpasti hari subur anda setiap bulan. Pastikan kitaran haid anda
dalam keadaan normal iaitu 28-30 hari dalam satu kitaran setiap bulan. Ini
untuk memudahkan anda tahu hari subur anda akan jatuh pada hari ke-13 dan
ke-14. Jika kitaran haid anda tidak menentu, pastikan anda mengamalkan
pemakanan yang seimbang dan organic serta mengawal berat badan dengan bersenam
secara teratur. ·
Makanan yang perlu anda
elakkan jika ingin hamil adalah kafein, alcohol, coklat, tuna, daging @ telur
separuh mentah dan makanan segera yang mengandungi bahan pengawet, pewarna
tiruan, lemak trans (trans fat), perisa tiruan, dan MSG seperti KFC, McDonald,
burger, Kentang goreng (French Fries) dan sebagainya. Banyakkan mengambil
sayur-sayuran, buah-buahan serta kekacang yang kaya protin. Anda juga
digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas air kosong sehari serta
penting sekali lagi mengamalkan pemakanan yang seimbang. ·
Jauhkan diri anda dengan
produk-produk kimia dan bertoksin seperti alat-alat bercucuk-tanam (gardening
products). ·
Pastikan anda mengambil
vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari (FertilAid For Women) bagi
memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk
meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil. Bagi wanita yang mengalami tiub
fallopio tersumbat atau berumur 30 tahun ke atas, anda digalakkan mengambil FertileCM
untuk meningkatkan bendalir mukus subur yang melindungi sperma ketika bersama.