Pokok Buah Zuriat
Buah Zuriat Adam Hawa ini datangnya dari tanah
arab dari mekah, ianya sebagai petua iktiar
untuk hamil,sebagai ubat untuk merawat kesuburan... bukan sebagai penentu untuk
dapat anak atau tidak, namun tidak salah mencuba, dan ramai juga yang telah
berjaya hamil dengan usaha kecil ini dengan izin Allah... Allah nak beri sesuatu itu dengan bermacam cara... selain utk kehamilan, ianya juga bagus merawat period yang tidak teratur, membantu kesuburan perempuan dari segi ovum dan membantu kesuburan lelaki juga....kaedah
penggunaannya berbeza2 namun semuanya boleh diterima jika tidak melanggar ajaran agama Islam.....
Proses penghasilan air buah zuriat
Buah zuriat ini mempunyai rupa bentuk macam pinang tetapi kulitnya sangat keras oleh yang demikian sukar sedikit untuk membelahnya..memerlukan kesabaran serta pisau yang tajam.. hubby membukanya dengan menggunakan pelbagai peralatan diantaranya gergaji,pisau,batu lesung berserta dengan keazaman yang tinggi...hihihi....nak dapat hasilnya kener ler sabar dan berusaha kan.....cayang my hubby...hahahaha..dekat beberapa minit jugak ler..selepas dah berjaya membukanya ternampak ler isinya yg berwarna putih...isi yg berwarna putih sangat keras tidak sesuai untuk digigit dengan gigi..kalau nak makan jugak boleh patah gigi..rebus isi buah zuriat yg berjaya dikeluar tadi dengan menggunakan periuk kaca selama lebih kurang 20minit sehingga warna air menjadi kekuningan macam warna air teh seperti gambar diatas..selepas semua siap boleh ler diminum bersama-sama dengan hubby ...minum setiap hari sehingga warna air tidak lagi kekuningan ...kali ke-2 aku minum air nie..kali pertama minum masa mak beli semasa pegi umrah tahun lepas tapi masa tu tidak betul2 rajin..kali nie moga2 ada hasilnya...Ya Allah kau berilah keberkatan keatas usaha kami ini..Semuanya dengan izin Allah..Kita berusaha..Yakin akan tiba masa yang sesuai untuk kita nanti...Aminnnn...
No comments:
Post a Comment