JellyPages.com

Thursday, November 21, 2013

Taman Mini



Ditepi rumah akak ada sedikit tanah untuk akak bersenam mengeluarkan peluh ..sebab ada pepatah menyatakan berbakti pada tanah akan dapat hasilnya.....pelbagai jenis pokok yg akak tanam secara langsung mahupun tidak langsung...ada diantara pokok-pokok ini dijadikan bahan masakan seperti pokok kunyit, limau purut dan pokok pandan ... pokok hiasan pula terdiri daripada pokok orkid ,pokok bunga raya,pokok lidah buaya,pokok bunga kertas serta rumput yg akak tak tanam tapi tumbuh dengan suburnya  walaupun tanpa baja..hahahahaha....
Sekarang nie dekat akak ada dua biji benih yang tidak disemai lagi iaitu sawi dan bayam serta pokok delima dengan harga rm7..beli dengan kak rose yg rajin menanam serta memasak dengan menu yang  sedap-sedap ..menjual biji benih secara online diblog Semua menjadi...Tidak sabar rasanya nak menanam sayur sawi..sebab menurut pembacaan akak sawi mengambil masa selama 10hari untuk tumbuh dan membesar dalam masa lebih kurang 35 hari ..Tetapi sebenarnya akak pun tak tahu sawi yang akak beli nie jenis apa..susah ler sikit nak cerita asal usulnya.. Panduan untuk menanam sawi hijau..

Panduan menanam sawi hijau

Medium (tanah) : Tanah berpasir, tanah liat, gambut dan tanah di lembah sungai @ tanak kompos hitam khas untuk penyemaian biji benih

Cara penanaman : Biji benih
i) Semai di dalam plot tanaman
ii) Ubah anak pokok ke batas selepas 7 - 10 hari bercambah @ setelah muncul daun ketiga

Penjagaan :
i) Penyiraman : 1 kali sehari (petang)
ii) Pembajaan : 2 minggu sekali

Penuaian :
i) 35 hingga 40 hari dari penanaman

Hasil : Hanya sekali hasil tuaian. Kalau nak hasil berterusan, 2 minggu selepas ubah anak pokok ke batas, semai biji benih baru.

Penyimpanan :
i) Bakul di alas kertas : 2 - 3 hari
ii) Plastik berlubang lutsinar : 7 - 8 hari
iii) Suhu 24C - 26C
iv) Perlu dipercik air bagi mengekalkan kelembapan

Biji benih : Sebulan selepas penuaian biji benih dapat dihasilkan


No comments:

Post a Comment