JellyPages.com

Thursday, November 21, 2013

~ForMuLa RaHsiA CahAyaMatA~


1) Kesuburan Wanita + Kesuburan Lelaki

Kedua-dua isteri dan suami memainkan peranan penting bagi menjayakan usaha untuk hamil ini. Oleh itu, secara menyeluruhnya kesuburan wanita dan kesuburan lelaki amat penting dalam usaha mendapatkan cahayamata. Di bawah ini saya ringkaskan apa yang diperlukan untuk kesuburan wanita dan kesuburan lelaki sekurang-kurang untuk 1 hingga 6 bulan sebelum perancangan untuk hamil:-

Kesuburan Wanita ·

Anda hendaklah peka dengan mengenalpasti hari subur anda setiap bulan. Pastikan kitaran haid anda dalam keadaan normal iaitu 28-30 hari dalam satu kitaran setiap bulan. Ini untuk memudahkan anda tahu hari subur anda akan jatuh pada hari ke-13 dan ke-14. Jika kitaran haid anda tidak menentu, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organic serta mengawal berat badan dengan bersenam secara teratur. ·

Makanan yang perlu anda elakkan jika ingin hamil adalah kafein, alcohol, coklat, tuna, daging @ telur separuh mentah dan makanan segera yang mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan, lemak trans (trans fat), perisa tiruan, dan MSG seperti KFC, McDonald, burger, Kentang goreng (French Fries) dan sebagainya. Banyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan serta kekacang yang kaya protin. Anda juga digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas air kosong sehari serta penting sekali lagi mengamalkan pemakanan yang seimbang. ·

Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin seperti alat-alat bercucuk-tanam (gardening products). ·

Pastikan anda mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari (FertilAid For Women) bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil. Bagi wanita yang mengalami tiub fallopio tersumbat atau berumur 30 tahun ke atas, anda digalakkan mengambil FertileCM untuk meningkatkan bendalir mukus subur yang melindungi sperma ketika bersama.

Taman Mini



Ditepi rumah akak ada sedikit tanah untuk akak bersenam mengeluarkan peluh ..sebab ada pepatah menyatakan berbakti pada tanah akan dapat hasilnya.....pelbagai jenis pokok yg akak tanam secara langsung mahupun tidak langsung...ada diantara pokok-pokok ini dijadikan bahan masakan seperti pokok kunyit, limau purut dan pokok pandan ... pokok hiasan pula terdiri daripada pokok orkid ,pokok bunga raya,pokok lidah buaya,pokok bunga kertas serta rumput yg akak tak tanam tapi tumbuh dengan suburnya  walaupun tanpa baja..hahahahaha....
Sekarang nie dekat akak ada dua biji benih yang tidak disemai lagi iaitu sawi dan bayam serta pokok delima dengan harga rm7..beli dengan kak rose yg rajin menanam serta memasak dengan menu yang  sedap-sedap ..menjual biji benih secara online diblog Semua menjadi...Tidak sabar rasanya nak menanam sayur sawi..sebab menurut pembacaan akak sawi mengambil masa selama 10hari untuk tumbuh dan membesar dalam masa lebih kurang 35 hari ..Tetapi sebenarnya akak pun tak tahu sawi yang akak beli nie jenis apa..susah ler sikit nak cerita asal usulnya.. Panduan untuk menanam sawi hijau..

Panduan menanam sawi hijau

Medium (tanah) : Tanah berpasir, tanah liat, gambut dan tanah di lembah sungai @ tanak kompos hitam khas untuk penyemaian biji benih

Cara penanaman : Biji benih
i) Semai di dalam plot tanaman
ii) Ubah anak pokok ke batas selepas 7 - 10 hari bercambah @ setelah muncul daun ketiga

Penjagaan :
i) Penyiraman : 1 kali sehari (petang)
ii) Pembajaan : 2 minggu sekali

Penuaian :
i) 35 hingga 40 hari dari penanaman

Hasil : Hanya sekali hasil tuaian. Kalau nak hasil berterusan, 2 minggu selepas ubah anak pokok ke batas, semai biji benih baru.

Penyimpanan :
i) Bakul di alas kertas : 2 - 3 hari
ii) Plastik berlubang lutsinar : 7 - 8 hari
iii) Suhu 24C - 26C
iv) Perlu dipercik air bagi mengekalkan kelembapan

Biji benih : Sebulan selepas penuaian biji benih dapat dihasilkan


Tuesday, November 19, 2013

BUAH ZURIAT DARI MEKAH....


                                                               Pokok  Buah  Zuriat
Buah Zuriat Adam Hawa ini datangnya dari tanah arab  dari mekah, ianya sebagai petua iktiar untuk hamil,sebagai ubat untuk merawat kesuburan... bukan sebagai penentu untuk dapat anak atau tidak, namun tidak salah mencuba, dan ramai juga yang telah berjaya hamil dengan usaha kecil ini dengan izin Allah... Allah nak beri sesuatu itu dengan bermacam cara... selain utk kehamilan, ianya juga bagus merawat period yang tidak teratur, membantu kesuburan perempuan dari segi ovum dan membantu kesuburan lelaki juga....kaedah penggunaannya berbeza2 namun semuanya boleh diterima jika tidak melanggar ajaran agama Islam.....
Proses penghasilan air buah zuriat
Buah zuriat ini mempunyai rupa bentuk macam pinang tetapi kulitnya sangat keras oleh yang demikian  sukar sedikit untuk membelahnya..memerlukan kesabaran serta pisau yang tajam.. hubby membukanya dengan menggunakan pelbagai peralatan diantaranya gergaji,pisau,batu lesung berserta dengan keazaman yang tinggi...hihihi....nak dapat hasilnya kener ler sabar dan berusaha kan.....cayang my hubby...hahahaha..dekat beberapa minit jugak ler..selepas dah berjaya membukanya ternampak ler isinya yg berwarna putih...isi yg berwarna putih sangat keras tidak sesuai untuk digigit dengan gigi..kalau nak makan jugak boleh patah gigi..rebus isi buah zuriat yg berjaya dikeluar tadi dengan menggunakan periuk kaca  selama lebih kurang 20minit sehingga warna air menjadi kekuningan macam warna air teh seperti gambar diatas..selepas semua siap boleh ler diminum bersama-sama dengan hubby ...minum setiap hari sehingga warna air tidak lagi kekuningan ...kali ke-2 aku minum air nie..kali pertama minum masa mak beli semasa pegi umrah tahun lepas tapi masa tu tidak betul2 rajin..kali nie moga2 ada hasilnya...Ya Allah kau berilah keberkatan keatas usaha kami ini..Semuanya dengan izin Allah..Kita berusaha..Yakin akan tiba masa yang sesuai untuk kita nanti...Aminnnn...


Tuesday, November 12, 2013

Berat Badan naik lagi

Berat badan naik lagi...aduh pening lak bila tengok badan naik mendadak ..kenapa jadi camni..nak turun susahnya..macamana nak tercapai impian nie...terasa badan berat sangat ..aduh2..pening kepala akak kalau camnie...hahahaha..
 
Aku kener bertindak nie sebelum terlambat...diet yg seimbang memerlukan pengorbanan...x mau lemak2..kurangkan nasi..lebihkan bijirin..sayur-sayuran..kener joging ,senam erobik,..rindunya saat2 bila ikut erobik...berkenalan ngan kakak2 semua dengan senaman pelbagai rentak music syoknya..bila balik rumah release jer..x der ingat apa2 pun..badan dah letih terus tido jer..

Adakah berta bdn naik nie disebabkan oleh..tido yg berlebihan...kurang senaman..mkn dlm kuantiti yg banyak...tension dgn kerja yg banyak....banyak memikirkan tentang kehidupan...setiap dugaan ada rahmatnya..ada kemanisan terhadap mereka yg redo dan menerimakannya dengan keadaan yg tenang...motivasi utk diri sendiri..yg tersangat mlsnya hari nie...