JellyPages.com

Saturday, April 19, 2014

Berenang menghilangkan stress

Berenang adalah aktiviti yang ingin akak lakukan..dgn bantuan kawan  akak berjaya melakukannya..Tidak pernah terfikir difikiran pada suatu ketika akak akan pandai berenang....sudah habis dalam satu sesi breaststroke dan sekarang belajar   free style atau gaya bebas...ada  instructor yg mengajar  ...Setiap petang akak akan ke pool jika tidak hujan dgn bayaran masuk rm1.00..waktu swimming untuk petang dalam pukul 6.00ptg hingga 9.00mlm...Berenang dapat menghilangkan stress dan sungguh mendamaikan apabila pulang dari melakukan aktiviti ini...Untuk aktiviti ini memerlukan baju serta peralatan yang sesuai...Akak telah membeli baju berenang muslimah ogival serta gogle ogival....modal untuk kedua-duanya hampir tiga ratus ringgit termasuklah tujuh kali sesi latihan rm50.

Baju renang muslimah ini mempunyai tali disebelah kiri serta kanan yang akan diikat antara baju serta seluar supaya apabila kita berenang baju kita tidak tertarik...sut ini juga menutup aurat dibahagian kepala...selesa apabila memakai...gogle diperlukan apabila berenang supaya kita boleh membuka mata didalam air...pertama kali membuka mata dalam air sungguh teruja serta menyeronokkan...

Akak akan pergi berenang bila keadaan cuaca mengizinkan....sungguh seronok bila dapat melakukan aktiviti ini..walaupun kadang-kadang ada air yang masuk ke dalam hidung atau telinga...nie adalah pengalaman yang terindah....uolls semua boleh mencuba...sungguh menyeronokkan...



Fakta dari blog belajar teknik berenang.....

Berenang merupakan olahraga tanpa daya graviti bumi (non weight barring). Ianya mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang seperti lebihan berat badan (obesiti), ibu hamil dan penderita gangguan persendian tulang atau arthritis

Berenang memiliki banyak manfaat yang dapat dirasakan apabila kita melakukannya secara betul dan jadikan senaman itu sebagai rutin, antaranya ialah :
Meningkatkan kemampuan fungsi jantung dan paru-paru
Gerakan mendorong dan menendang air dengan anggota tubuh terutama tangan dan kaki, dapat memacu aliran darah ke jantung, pembuluh darah, dan paru-paru.Berenang juga dapat dikategorikan sebagai latihan aerobik dalam air.
Melatih pernafasan
Sangat dianjurkan bagi orang yg terkena penyakit asma untuk berenang kerana sistem cardiovaskular dan pernafasan dapat menjadi kuat. Pernafasan kita menjadi lebih sihat, lancar, dan pernafasan menjadi lebih panjang
Membentuk otot

Ketika berenang, kita menggerakkan hampir keseluruhan otot-otot pada tubuh,dari kepala, leher, dada, perut, punggung, pinggang, anggota gerak bawah, dan telapak kaki. Saat bergerak di dalam air, tubuh mengeluarkan energi atau tenaga yang lebih besar kerana harus ‘melawan’air yang mampu menguatkan dan melenturkan otot-otot tubuh.
Membakar kalori lebih banyak
Saat berenang, tubuh akan terasa lebih berat bergerak di dalam air. Tenaga yang diperlukan pun menjadi lebih tinggi, sehingga dapat secara efektif membakar sekitar 24% kalori tubuh. Ada fakta mengatakan berenang membakar lebih banyak kalori daripada berjogging
Self safety

Dah pandai berenang, tentulah kita tidak perlu risau apabila berhadapan situasi cemas seperti jatuh ke laut dan lain-lain
Menghilangkan stress.

Secara psikologi, berenang juga dapat membuatkan hati dan fikiran lebih relaks. Gerakan berenang yang dilakukan dengan santai dan perlahan, mampu meningkatkan hormon endorfin dalam otak. Suasana hati jadi sejuk, fikiran pun jadi tenang. Sejam setengah srikandi duduk dalam kolam tu pun masih belum puas rasanya.

Thursday, April 17, 2014

Dugaan Untuk Kami Yg TTC

Luahan hati diawal-awal pagi jumaat...Akak   diofis ada dalam tiga orang yg rapat tetapi masih tidak mempunyai permata hati..Semalam ada seorang salah seorang daripada kami yg terasa hati dengan kawan di ofis...Walaupun tidak ditujukan kepada akak tapi terasa ler juga...Kami pernah mengandung tapi tidak ada rezeki .....sedihnya tidak terkata..Dah lama tidak tegok kak ku sorang nie nangis dan diriku juga sudah lama tidak menangis kerana perkara itu..bukan tak fikir tapi sudah letih...susah nak cakap kalau org yg tak rasa apa yang kami rasa...hanya mereka yg mengalami sahaja yg tahu...semua orang nak ada anak..saper yg tak mahu..gelagat anak-anak memang menghiburkan walaupun kadang kala merunsingkan kepala...masing-masing dengan gelagat sendiri....bila usia perkahwinan menjejak hampir bertahun-tahun lamanya hati menangis siapa yang tahu....Allah sahaja yang tahu..jangan ler cakap yg kami nie tak boleh mengandung...doakanlah yg baik-baik sahaja untuk kami..Sedih sangat saya tegok akak tu semalam sampai menangis tersedu-sedu...sampai dalam hati saya juga turut menangis ...kami berdua diuji perkara yg sama...pernah mengandung tapi masih tak ada rezeki...Bersangka baik dengan Allah..sebab Allah tak bagi rezeki lagi kepada kami...Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kami ..InsyAllah ada manisnya nanti bukan didunia tapi diakhirat...Sabar itu indah..mudah untuk diperkatakan pahit untuk dilaksanakannya....Kami adalah insan yang istimewa kerana diuji dengan ujian ini...Akak yakin kami akan mempunyai zuriat sendiri...cuma masa dan waktu yang menentukannya...

Thursday, April 10, 2014

Tahniah

Seronoknya ada kawan yg baru lahirkan baby boy...Syukur Alhamdulilaah..anak ke-enam...macam-macam org memperkatakannya...bila kita dego ckp org kita pulak emosi...lantak ler korang...anak ramai pun dibuat lawak macam-macam...lucah ler sikit..masuk tak kuo2...hihihihi...kawan kak yong nie bersalin normal & tidak berjahit...itu pun ada yg buat lawak..kenapa tak jahit???? saper yg power...macam-macam ler kawan-kawan ku nie..yg memperkatakannya adalah lelaki-lelaki yg gagah perkasa...
Bila anak sorang..jadi persoalan gak..bila nak tambah lagi...Manusia nie penuh dgn soalan dan persoalan...Tak ada anak pun asyik bertanya..Kak Yong tak pergi berurut ker...kenapa tak nak beli ubat ngan akak...kita kener buat ini..buat itu..thank kawan-kawan yg prihatin..tapi ada yg lupa semua itu dengan kuasa Allah ..Tak kan ler kak yong nak cakap saya malam td ada xxx dgn abg sedap sangat...(sorry ayat geram)...Ada perkara yg kita boleh berkongsi sama-sama ..ada perkara yg sukar utk diperkatakan...Sekarang nie pun ramai yg akan dpt baby baru tapi masih peringkat permulaan lagi..yg anak masih kecik pun dah masuk round ke dua...Alhamdulilaah syukur kawan-kawan...InsyAllah..lepas nie giliran kak yong dengan mama naz,mama mid dan mama wa...
Comelnya gambar baby yg kak yong ambik nie..gambar baby kembar ..kak yong memang mengimpikan nak baby kembar sebab masa gugur kali pertama adalah kembar...cepatnya masa berlalu hampir sepuluh tahun seiring dengan usia perkahwinan kak yong..kenapa tiba-tiba pagi nie kak yong ter emosi sikit...

Tuesday, March 18, 2014

Produk Kesuburan

 
Dah nak bersawang blog kak yong nie...Usaha masih diteruskan untuk mencapai impian untuk memiliki zuriat..Antara pemakanan yg kak yong makan n minum seperti didalam gambar.. kapsul debunga Ar Rasyid..kapsul buah zuriat Ar Rasyid..pati delima..zink Shakele dan Intra...Pagi2 sebelum mkn sebarang makanan..kak yong minum intra..dlm pukul 10pg selepas mkn pagi..telan kapsul debunga Ar Rasyid..Sebelum tido kapsul zuriat Ar Rasyid....pati delima n zink ikut kesesuaian...selalunya pati delima masa sebelah malam..zink pada waktu tengahari...Syukur Alhamdulilaah cikP bulan nie tanpa makan ubat doc..Kak yong happy sangat...sebab dengan ini kak yong dah kembali subur utk memudahkan memiliki zuriat...Amin..Kalau yg terbaca blog  nie Amin kan ler jugak yer.. Dibawah nie jugak akak ader tunjukkan macamana ler rupernyer intra..Panjang kisahnya macamana kak yong dpt berjumpa dgn produk nie..Kak yong ada berjumpa dengan seorang insan yang berhati ikhlas..Ustaz Azmi yg memperkenalkan produk nie kpd kak yong...setelah perubatan tradisional kak yong lakukan..sampai masanyer utk beralih ke perubatan moden...mood anak sulung so..kak yong panggilan org perak utk anak sulung...Citer pasal anak sulung..kak yong nie anak sulung kepada bonda dan ayahanda..cucu sulung sebelah bonda..ramai yg menanti kehadiran cicit pertama..Dari Pak Ngah..Pak Uda..Mak Andak..Mak Anjang..Pakcik..Mak teh..Paksu..Mak Atam..Semuanya mengharapkan kehadiran cucu..untuk naik pangkat Atuk n Opah..So sweet..Dah semakin hilang dari radar lak citer kak yong nie..sebut pasal radar..teringat kapal terbang yg hilang MH370..dugaan akak dah terasa berat..dugaan mereka didlm kapal terbang yg hilang..aper ler citer..walaupun tidak ada kaitan dgn mereka yg terlibat..terasa jugak sebagai rakyat malaysia...jam hampir pukul 5ptg..kak yong nak balik ler..nak tido umah mak..en hubby x der outstation..
 



 




Intra
Set Ar Rasyid

Wednesday, December 4, 2013

Usiaku bertambah lagi..

Hari nie ulang tahun kelahiran aku yang ke....setiap pertambahan tahun..maka bertambahlah usia semua orang..begitu juga dgn usiaku yang telah bertambah2...malam td tepat pukul 12 mlm my hubby nyanyi la..la..la...Selamat hari jadi...la..la..la..terharunyer...ada lagi impian yang tidak tercapai iaitu untuk menjadi ibu....

 
Sedapnya kek yang dimakan kat secret recipe..kek brownies with ice cream ..em very delicious  and cool....tq kak naz ...walaupun masa yg singkat tapi sunguh bermakna...


Thursday, November 21, 2013

~ForMuLa RaHsiA CahAyaMatA~


1) Kesuburan Wanita + Kesuburan Lelaki

Kedua-dua isteri dan suami memainkan peranan penting bagi menjayakan usaha untuk hamil ini. Oleh itu, secara menyeluruhnya kesuburan wanita dan kesuburan lelaki amat penting dalam usaha mendapatkan cahayamata. Di bawah ini saya ringkaskan apa yang diperlukan untuk kesuburan wanita dan kesuburan lelaki sekurang-kurang untuk 1 hingga 6 bulan sebelum perancangan untuk hamil:-

Kesuburan Wanita ·

Anda hendaklah peka dengan mengenalpasti hari subur anda setiap bulan. Pastikan kitaran haid anda dalam keadaan normal iaitu 28-30 hari dalam satu kitaran setiap bulan. Ini untuk memudahkan anda tahu hari subur anda akan jatuh pada hari ke-13 dan ke-14. Jika kitaran haid anda tidak menentu, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organic serta mengawal berat badan dengan bersenam secara teratur. ·

Makanan yang perlu anda elakkan jika ingin hamil adalah kafein, alcohol, coklat, tuna, daging @ telur separuh mentah dan makanan segera yang mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan, lemak trans (trans fat), perisa tiruan, dan MSG seperti KFC, McDonald, burger, Kentang goreng (French Fries) dan sebagainya. Banyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan serta kekacang yang kaya protin. Anda juga digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas air kosong sehari serta penting sekali lagi mengamalkan pemakanan yang seimbang. ·

Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin seperti alat-alat bercucuk-tanam (gardening products). ·

Pastikan anda mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari (FertilAid For Women) bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil. Bagi wanita yang mengalami tiub fallopio tersumbat atau berumur 30 tahun ke atas, anda digalakkan mengambil FertileCM untuk meningkatkan bendalir mukus subur yang melindungi sperma ketika bersama.

Taman Mini



Ditepi rumah akak ada sedikit tanah untuk akak bersenam mengeluarkan peluh ..sebab ada pepatah menyatakan berbakti pada tanah akan dapat hasilnya.....pelbagai jenis pokok yg akak tanam secara langsung mahupun tidak langsung...ada diantara pokok-pokok ini dijadikan bahan masakan seperti pokok kunyit, limau purut dan pokok pandan ... pokok hiasan pula terdiri daripada pokok orkid ,pokok bunga raya,pokok lidah buaya,pokok bunga kertas serta rumput yg akak tak tanam tapi tumbuh dengan suburnya  walaupun tanpa baja..hahahahaha....
Sekarang nie dekat akak ada dua biji benih yang tidak disemai lagi iaitu sawi dan bayam serta pokok delima dengan harga rm7..beli dengan kak rose yg rajin menanam serta memasak dengan menu yang  sedap-sedap ..menjual biji benih secara online diblog Semua menjadi...Tidak sabar rasanya nak menanam sayur sawi..sebab menurut pembacaan akak sawi mengambil masa selama 10hari untuk tumbuh dan membesar dalam masa lebih kurang 35 hari ..Tetapi sebenarnya akak pun tak tahu sawi yang akak beli nie jenis apa..susah ler sikit nak cerita asal usulnya.. Panduan untuk menanam sawi hijau..

Panduan menanam sawi hijau

Medium (tanah) : Tanah berpasir, tanah liat, gambut dan tanah di lembah sungai @ tanak kompos hitam khas untuk penyemaian biji benih

Cara penanaman : Biji benih
i) Semai di dalam plot tanaman
ii) Ubah anak pokok ke batas selepas 7 - 10 hari bercambah @ setelah muncul daun ketiga

Penjagaan :
i) Penyiraman : 1 kali sehari (petang)
ii) Pembajaan : 2 minggu sekali

Penuaian :
i) 35 hingga 40 hari dari penanaman

Hasil : Hanya sekali hasil tuaian. Kalau nak hasil berterusan, 2 minggu selepas ubah anak pokok ke batas, semai biji benih baru.

Penyimpanan :
i) Bakul di alas kertas : 2 - 3 hari
ii) Plastik berlubang lutsinar : 7 - 8 hari
iii) Suhu 24C - 26C
iv) Perlu dipercik air bagi mengekalkan kelembapan

Biji benih : Sebulan selepas penuaian biji benih dapat dihasilkan