JellyPages.com

Thursday, April 10, 2014

Tahniah

Seronoknya ada kawan yg baru lahirkan baby boy...Syukur Alhamdulilaah..anak ke-enam...macam-macam org memperkatakannya...bila kita dego ckp org kita pulak emosi...lantak ler korang...anak ramai pun dibuat lawak macam-macam...lucah ler sikit..masuk tak kuo2...hihihihi...kawan kak yong nie bersalin normal & tidak berjahit...itu pun ada yg buat lawak..kenapa tak jahit???? saper yg power...macam-macam ler kawan-kawan ku nie..yg memperkatakannya adalah lelaki-lelaki yg gagah perkasa...
Bila anak sorang..jadi persoalan gak..bila nak tambah lagi...Manusia nie penuh dgn soalan dan persoalan...Tak ada anak pun asyik bertanya..Kak Yong tak pergi berurut ker...kenapa tak nak beli ubat ngan akak...kita kener buat ini..buat itu..thank kawan-kawan yg prihatin..tapi ada yg lupa semua itu dengan kuasa Allah ..Tak kan ler kak yong nak cakap saya malam td ada xxx dgn abg sedap sangat...(sorry ayat geram)...Ada perkara yg kita boleh berkongsi sama-sama ..ada perkara yg sukar utk diperkatakan...Sekarang nie pun ramai yg akan dpt baby baru tapi masih peringkat permulaan lagi..yg anak masih kecik pun dah masuk round ke dua...Alhamdulilaah syukur kawan-kawan...InsyAllah..lepas nie giliran kak yong dengan mama naz,mama mid dan mama wa...
Comelnya gambar baby yg kak yong ambik nie..gambar baby kembar ..kak yong memang mengimpikan nak baby kembar sebab masa gugur kali pertama adalah kembar...cepatnya masa berlalu hampir sepuluh tahun seiring dengan usia perkahwinan kak yong..kenapa tiba-tiba pagi nie kak yong ter emosi sikit...

Tuesday, March 18, 2014

Produk Kesuburan

 
Dah nak bersawang blog kak yong nie...Usaha masih diteruskan untuk mencapai impian untuk memiliki zuriat..Antara pemakanan yg kak yong makan n minum seperti didalam gambar.. kapsul debunga Ar Rasyid..kapsul buah zuriat Ar Rasyid..pati delima..zink Shakele dan Intra...Pagi2 sebelum mkn sebarang makanan..kak yong minum intra..dlm pukul 10pg selepas mkn pagi..telan kapsul debunga Ar Rasyid..Sebelum tido kapsul zuriat Ar Rasyid....pati delima n zink ikut kesesuaian...selalunya pati delima masa sebelah malam..zink pada waktu tengahari...Syukur Alhamdulilaah cikP bulan nie tanpa makan ubat doc..Kak yong happy sangat...sebab dengan ini kak yong dah kembali subur utk memudahkan memiliki zuriat...Amin..Kalau yg terbaca blog  nie Amin kan ler jugak yer.. Dibawah nie jugak akak ader tunjukkan macamana ler rupernyer intra..Panjang kisahnya macamana kak yong dpt berjumpa dgn produk nie..Kak yong ada berjumpa dengan seorang insan yang berhati ikhlas..Ustaz Azmi yg memperkenalkan produk nie kpd kak yong...setelah perubatan tradisional kak yong lakukan..sampai masanyer utk beralih ke perubatan moden...mood anak sulung so..kak yong panggilan org perak utk anak sulung...Citer pasal anak sulung..kak yong nie anak sulung kepada bonda dan ayahanda..cucu sulung sebelah bonda..ramai yg menanti kehadiran cicit pertama..Dari Pak Ngah..Pak Uda..Mak Andak..Mak Anjang..Pakcik..Mak teh..Paksu..Mak Atam..Semuanya mengharapkan kehadiran cucu..untuk naik pangkat Atuk n Opah..So sweet..Dah semakin hilang dari radar lak citer kak yong nie..sebut pasal radar..teringat kapal terbang yg hilang MH370..dugaan akak dah terasa berat..dugaan mereka didlm kapal terbang yg hilang..aper ler citer..walaupun tidak ada kaitan dgn mereka yg terlibat..terasa jugak sebagai rakyat malaysia...jam hampir pukul 5ptg..kak yong nak balik ler..nak tido umah mak..en hubby x der outstation..
 



 




Intra
Set Ar Rasyid

Wednesday, December 4, 2013

Usiaku bertambah lagi..

Hari nie ulang tahun kelahiran aku yang ke....setiap pertambahan tahun..maka bertambahlah usia semua orang..begitu juga dgn usiaku yang telah bertambah2...malam td tepat pukul 12 mlm my hubby nyanyi la..la..la...Selamat hari jadi...la..la..la..terharunyer...ada lagi impian yang tidak tercapai iaitu untuk menjadi ibu....

 
Sedapnya kek yang dimakan kat secret recipe..kek brownies with ice cream ..em very delicious  and cool....tq kak naz ...walaupun masa yg singkat tapi sunguh bermakna...


Thursday, November 21, 2013

~ForMuLa RaHsiA CahAyaMatA~


1) Kesuburan Wanita + Kesuburan Lelaki

Kedua-dua isteri dan suami memainkan peranan penting bagi menjayakan usaha untuk hamil ini. Oleh itu, secara menyeluruhnya kesuburan wanita dan kesuburan lelaki amat penting dalam usaha mendapatkan cahayamata. Di bawah ini saya ringkaskan apa yang diperlukan untuk kesuburan wanita dan kesuburan lelaki sekurang-kurang untuk 1 hingga 6 bulan sebelum perancangan untuk hamil:-

Kesuburan Wanita ·

Anda hendaklah peka dengan mengenalpasti hari subur anda setiap bulan. Pastikan kitaran haid anda dalam keadaan normal iaitu 28-30 hari dalam satu kitaran setiap bulan. Ini untuk memudahkan anda tahu hari subur anda akan jatuh pada hari ke-13 dan ke-14. Jika kitaran haid anda tidak menentu, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organic serta mengawal berat badan dengan bersenam secara teratur. ·

Makanan yang perlu anda elakkan jika ingin hamil adalah kafein, alcohol, coklat, tuna, daging @ telur separuh mentah dan makanan segera yang mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan, lemak trans (trans fat), perisa tiruan, dan MSG seperti KFC, McDonald, burger, Kentang goreng (French Fries) dan sebagainya. Banyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan serta kekacang yang kaya protin. Anda juga digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas air kosong sehari serta penting sekali lagi mengamalkan pemakanan yang seimbang. ·

Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin seperti alat-alat bercucuk-tanam (gardening products). ·

Pastikan anda mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari (FertilAid For Women) bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil. Bagi wanita yang mengalami tiub fallopio tersumbat atau berumur 30 tahun ke atas, anda digalakkan mengambil FertileCM untuk meningkatkan bendalir mukus subur yang melindungi sperma ketika bersama.

Taman Mini



Ditepi rumah akak ada sedikit tanah untuk akak bersenam mengeluarkan peluh ..sebab ada pepatah menyatakan berbakti pada tanah akan dapat hasilnya.....pelbagai jenis pokok yg akak tanam secara langsung mahupun tidak langsung...ada diantara pokok-pokok ini dijadikan bahan masakan seperti pokok kunyit, limau purut dan pokok pandan ... pokok hiasan pula terdiri daripada pokok orkid ,pokok bunga raya,pokok lidah buaya,pokok bunga kertas serta rumput yg akak tak tanam tapi tumbuh dengan suburnya  walaupun tanpa baja..hahahahaha....
Sekarang nie dekat akak ada dua biji benih yang tidak disemai lagi iaitu sawi dan bayam serta pokok delima dengan harga rm7..beli dengan kak rose yg rajin menanam serta memasak dengan menu yang  sedap-sedap ..menjual biji benih secara online diblog Semua menjadi...Tidak sabar rasanya nak menanam sayur sawi..sebab menurut pembacaan akak sawi mengambil masa selama 10hari untuk tumbuh dan membesar dalam masa lebih kurang 35 hari ..Tetapi sebenarnya akak pun tak tahu sawi yang akak beli nie jenis apa..susah ler sikit nak cerita asal usulnya.. Panduan untuk menanam sawi hijau..

Panduan menanam sawi hijau

Medium (tanah) : Tanah berpasir, tanah liat, gambut dan tanah di lembah sungai @ tanak kompos hitam khas untuk penyemaian biji benih

Cara penanaman : Biji benih
i) Semai di dalam plot tanaman
ii) Ubah anak pokok ke batas selepas 7 - 10 hari bercambah @ setelah muncul daun ketiga

Penjagaan :
i) Penyiraman : 1 kali sehari (petang)
ii) Pembajaan : 2 minggu sekali

Penuaian :
i) 35 hingga 40 hari dari penanaman

Hasil : Hanya sekali hasil tuaian. Kalau nak hasil berterusan, 2 minggu selepas ubah anak pokok ke batas, semai biji benih baru.

Penyimpanan :
i) Bakul di alas kertas : 2 - 3 hari
ii) Plastik berlubang lutsinar : 7 - 8 hari
iii) Suhu 24C - 26C
iv) Perlu dipercik air bagi mengekalkan kelembapan

Biji benih : Sebulan selepas penuaian biji benih dapat dihasilkan


Tuesday, November 19, 2013

BUAH ZURIAT DARI MEKAH....


                                                               Pokok  Buah  Zuriat
Buah Zuriat Adam Hawa ini datangnya dari tanah arab  dari mekah, ianya sebagai petua iktiar untuk hamil,sebagai ubat untuk merawat kesuburan... bukan sebagai penentu untuk dapat anak atau tidak, namun tidak salah mencuba, dan ramai juga yang telah berjaya hamil dengan usaha kecil ini dengan izin Allah... Allah nak beri sesuatu itu dengan bermacam cara... selain utk kehamilan, ianya juga bagus merawat period yang tidak teratur, membantu kesuburan perempuan dari segi ovum dan membantu kesuburan lelaki juga....kaedah penggunaannya berbeza2 namun semuanya boleh diterima jika tidak melanggar ajaran agama Islam.....
Proses penghasilan air buah zuriat
Buah zuriat ini mempunyai rupa bentuk macam pinang tetapi kulitnya sangat keras oleh yang demikian  sukar sedikit untuk membelahnya..memerlukan kesabaran serta pisau yang tajam.. hubby membukanya dengan menggunakan pelbagai peralatan diantaranya gergaji,pisau,batu lesung berserta dengan keazaman yang tinggi...hihihi....nak dapat hasilnya kener ler sabar dan berusaha kan.....cayang my hubby...hahahaha..dekat beberapa minit jugak ler..selepas dah berjaya membukanya ternampak ler isinya yg berwarna putih...isi yg berwarna putih sangat keras tidak sesuai untuk digigit dengan gigi..kalau nak makan jugak boleh patah gigi..rebus isi buah zuriat yg berjaya dikeluar tadi dengan menggunakan periuk kaca  selama lebih kurang 20minit sehingga warna air menjadi kekuningan macam warna air teh seperti gambar diatas..selepas semua siap boleh ler diminum bersama-sama dengan hubby ...minum setiap hari sehingga warna air tidak lagi kekuningan ...kali ke-2 aku minum air nie..kali pertama minum masa mak beli semasa pegi umrah tahun lepas tapi masa tu tidak betul2 rajin..kali nie moga2 ada hasilnya...Ya Allah kau berilah keberkatan keatas usaha kami ini..Semuanya dengan izin Allah..Kita berusaha..Yakin akan tiba masa yang sesuai untuk kita nanti...Aminnnn...


Tuesday, November 12, 2013

Berat Badan naik lagi

Berat badan naik lagi...aduh pening lak bila tengok badan naik mendadak ..kenapa jadi camni..nak turun susahnya..macamana nak tercapai impian nie...terasa badan berat sangat ..aduh2..pening kepala akak kalau camnie...hahahaha..
 
Aku kener bertindak nie sebelum terlambat...diet yg seimbang memerlukan pengorbanan...x mau lemak2..kurangkan nasi..lebihkan bijirin..sayur-sayuran..kener joging ,senam erobik,..rindunya saat2 bila ikut erobik...berkenalan ngan kakak2 semua dengan senaman pelbagai rentak music syoknya..bila balik rumah release jer..x der ingat apa2 pun..badan dah letih terus tido jer..

Adakah berta bdn naik nie disebabkan oleh..tido yg berlebihan...kurang senaman..mkn dlm kuantiti yg banyak...tension dgn kerja yg banyak....banyak memikirkan tentang kehidupan...setiap dugaan ada rahmatnya..ada kemanisan terhadap mereka yg redo dan menerimakannya dengan keadaan yg tenang...motivasi utk diri sendiri..yg tersangat mlsnya hari nie...